suria

Harga petrol, diesel turun

Harga bagi petrol dan diesel turun untuk tempoh 19 September hingga 25 September.

HARGA runcit bagi petrol RON97 dan RON95 masing-masing turun sebanyak 3 sen seliter, bermula tengah malam ini.

Perkara itu diumumkan Kementerian Kewangan Malaysia menerusi satu kenyataan pada Jumaat petang.

Selain itu, harga diesel turun sebanyak 5 sen seliter.

ARTIKEL BERKAITAN: Harga minyak turun lagi

Berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.63; RON97 (RM1.93) dan diesel daripada RM1.72 seliter kepada RM1.67 seliter.

Harga baharu itu berkuat lusa bermula 19 September 2020 sehingga 25

September 2020.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," kata kementerian itu lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain