suria

Ingkar larangan berbasikal di lebuh raya, penunggang berdepan denda sehingga RM 1,000

Penunggang basikal boleh didenda sehingga RM 1,000 jika mengingkari larangan dengan berbasikal di lebuh raya. Gambar hiasan

PENUNGGANG basikal berdepan dengan denda sehingga RM 1,000 sekiranya mengingkari larangan dengan berbasikal di lebuh raya.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi satu posting di Facebook berkata, tindakan boleh diambil terhadap mereka yang mengingkarinya di bawah Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu melarang atau menyekat daripada menggunakan kenderaan di atas mana-mana jalan yang tertentu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak dapat average speed laju supaya boleh show off ke?” - Aktiviti berbasikal jadi trend dan kebanggaan, jurulatih kecergasan bidas rider langgar peraturan

"Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi daripada RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.

"Aktiviti sukan berbasikal kini menjadi satu hobi yang semakin diminati ramai di Malaysia. Namun anda dinasihatkan supaya mematuhi arahan larangan berbasikal di lebuh raya," demikian menurut catatan itu.

Catatan Facebook setakat ini meraih 2,700 shares selain dihujani ribuan komen dan netizen.

Majoritinya bersetuju bahawa aktiviti berbasikal tidak boleh dibenarkan di lebuh raya.

Namun, ada segelintir yang mendesak pihak berkuasa agar menyediakan laluan khusus untuk penunggang basikal. - THE STAR

penunggang, berbasikal, lebuh raya, denda, PDRM

Artikel Sebelum

Harga petrol, diesel turun

Artikel Lain