suria

23 kes Covid-19 direkodkan, lagi kluster baharu dikesan di Sabah

Malaysia merekodkan 23 positif Covid-19 pada Selasa.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 23 kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,969 kes setakat Selasa.

Daripada 23 kes baharu yang telah dilaporkan, 10 kes adalah kes import jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Malaysia catat 31 kes baharu, termasuk 23 di Sabah... 11 pesakit di ICU

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 128 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 128," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selasa petang.

Sehingga hari ini, enam kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 9,209 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 14 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan empat kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, KKM memaklumkan satu lagi pertambahan kluster baharu di Sabah iaitu

"Kes baharu tertinggi adalah di Sabah dengan 13 kes termasuk lapan kes dari kluster baharu, kluster Pulau," ujar Dr Noor Hisham lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain