Tak peduli hujan lebat, rider sanggup redah banjir paras lutut hantar makanan

Tangkapan skrin video menunjukkan seorang penghantar makanan meredah banjir.

SEORANG penghantar makanan yang tidak dikenali mendapat pujian daripada penduduk di Sabah selepas satu klip video menunjukkan pemuda itu meredah banjir di Kibabaig di Penampang dekat Kota Kinabalu, tular di media sosial.

Menerusi klip video tersebut, lelaki berkenaan dilihat menggalas sebuah beg besar, dipercayai membawa pesanan makanan.

Ketika itu, dia berjalan meredah banjir paras lutut di kawasan perumahan pada Isnin malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider basah kuyup luar rumah pelanggan, ramai 'panas hati' sampai ada yang menangis - "Dah order tu standby lah siap-siap!"

Netizen memuji lelaki tersebut kerana komitmennya terhadap tugas meskipun cuaca buruk.

Selain itu, netizen turut memberi nasihat orang ramai supaya tidak membuat pesanan makanan melalui penghantaran ketika musim hujan.

Segelintirnya mengkritik pelanggan kerana membuat pesanan makanan meskipun cuaca begitu buruk.

Seorang netizen yang dikenali sebagai Patricia J berkata, dia berharap pelanggan yang membuat tempahan dengan lelaki berkenaan memberikannya tip.

Mereka yang memberikan khidmat penghantaran makanan dinasihatkan untuk kekal selamat dan memikirkan tentang mengutamakan keselamatan.

Kibabaig merupakan antara kawasan yang terjejas akibat banjir, berikutan hujan lebat sejak petang Isnin.

Kawasan-kawasan lain yang turut terjejas adalah Penampang, Bundusan, Luyang dan kawasan sekitar. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

rider, penghantar makanan, delivery, banjir,

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain