suria

Covid-19: Malaysia catat 31 kes baharu, termasuk 23 di Sabah... 11 pesakit di ICU

Malaysia merekodkan 31 kes baharu positif Covid-19 pada Isnin. Foto: Bernama

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 31 kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,946 kes setakat Isnin.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 615 di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 31 kes baharu yang telah dilaporkan, tiga merupakan kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua warganegara dan seorang rakyat asing.

ARTIKEL BERKAITAN: 47 kes baharu Covid-19... 31 jangkitan di Sabah, Kedah tambah 14 lagi

Sementara itu, daripada 28 kes penularan di dalam negara, 19 kes melibatkan warganegara manakala sembilan kes melibatkan warga asing.

Sebanyak 23 kes direkodkan di Sabah di mana 17 kes daripada Kluster Benteng di Lahad Datu, satu kes saringan warga emas di Klinik Kesihatan Merotai dan satu kes saringan Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Lahad Datu.

Selain itu, satu kes saringan pra pembedahan (dimasukkan ke Hospital Kudat), satu kes saringan rujukan ke Hospital Tawau, satu kes saringan kontak rapat bagi kes ke-9,454 dan satu kes saringan tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat.

Baki lima kes penularan tempatan pula direkodkan di Negeri Sembilan melibatkan Kluster Bunga, dan satu ke direkodkan di Kedah melibatkan Kluster Sungai.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak kekal 128 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, tujuh kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 9,203 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, sebelas kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di mana lima kes memerlukan bantuan pernafasan.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Sabah, Kedah, Kluster Sungai

Artikel Lain