suria

Sultan Sharafuddin berkenan beli Kasut Emas Khalid Jamlus, bakal ditempatkan di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan membeli Kasut Emas milik Khalid Jamlus pada satu nilai yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Foto: FB Selangor Royal Office

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membeli Kasut Emas milik bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khalid Jamlus.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Selangor Royal Office pada Isnin, baginda membeli kasut berkenaan pada satu nilai yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Khalid Jamlus Minat Bantu Skuad Perak

"DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan membeli Kasut Emas milik bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khalid Jamlus pada satu nilai yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

"Majlis penyerahan ringkas berlangsung di Istana Alam Shah, Klang.

"DYMM Tuanku berkenan trofi Kasut Emas yang dimenangi Khalid Jamlus pada tahun 2002 itu diletakkan di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor yang terletak di perkarangan Istana Alam Shah," demikian menurut kenyataan pada laman berkenaan.

Khalid yang juga bekas penyerang kebangsaan sebelum ini berhasrat untuk menjual kasut yang dimenanginya 18 tahun lalu selepas mengalami masalah kewangan.

Selain Kasut Emas, Khalid juga melelong pelbagai barangan peribadi termasuk poster, jersi serta medal yang dimenangi sepanjang kariernya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain