suria

Identiti remaja bawah umur pandu kereta dalam Facebook Sayang-sayang DSV dikenal pasti, kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya

Identiti remaja bawah umur yang memandu kereta dalam Facebook Sayang-sayang DSV sudah dikenal pasti

POLIS mengesahkan bahawa kertas siasatan berhubung kes seorang remaja perempuan bawah umur memandu sebuah kereta yang videonya tular di Facebook 'Sayang-sayang DSV' telah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, ia adalah prosedur biasa bagi menentukan tindakan lanjut berhubung kes terbabit selepas kertas siasatan mengenainya dilengkapkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan pandu kereta, video tular dalam Facebook Sayang-sayang DSV kini dikesan polis

"Pemandu yang terlibat telah dikenalpasti dan polis telah mengambil keterangan remaja itu di kediamannya minggu lalu.

"Dengan itu, kertas siasatan kes terbabit telah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya. Jadi kita akan tunggu keputusan pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut," katanya pada Isnin.

Terdahulu video remaja perempuan berkenaan memandu kereta tular di laman sosial Facebook 'Sayang-sayang DSV' sejak minggu lalu.

Video berdurasi 33 saat itu dipercayai dirakam pada 2018 di kawasan berhampiran Meru Hills di Ipoh, Perak.

Susulan penularan video tersebut, polis memaklumkan bahawa identiti remaja terbabit sedang dikenalpasti untuk siasatan di bawah Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan individu di bawah umur memandu kenderaan motor dan Seksyen 26(1) akta sama kerana memandu kenderaan motor tanpa lesen. - SINAR HARIAN



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain