suria

Kes positif meningkat, PM ingatkan rakyat agar terus mainkan peranan cegah Covid-19

Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perutusan khas mengenai situasi semasa Covid-19 di negara ini pada Selasa malam.

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua rakyat Malaysia untuk memainkan peranan mereka dalam memutuskan rangkaian penularan Covid-19.

Kata Muhyiddin, Malaysia dalam dua minggu terakhir ini merekodkan jumlah kes yang tinggi sehingga tiga daerah iaitu Kota Setar di Kedah, Lahad Datu dan Tawau di Sabah diisytiharkan sebagai zon merah.

"Walaupun negara ini berjaya membendung penyebaran Covid-19, saya bimbang kerana jumlah kes positif meningkat akhir-akhir ini," katanya dalam perutusan khas mengenai situasi semasa Covid-19 di negara ini pada Selasa malam.

Tambah beliua, sebanyak 615 kes baharu telah dikesan dalam 14 hari terakhir.

Ujarnya lagi, berdasarkan data dari seluruh dunia, wabak itu masih aktif dan dijangka berlanjutan untuk waktu yang lama.

Sehingga Selasa, sebanyak 9,969 kes positif Covid-19 telah dikesan di negara ini dengan 128 kematian atau kadar 1.28 peratus dari semua kes.

Masih ada 11 kluster aktif di negara ini, dengan 97 kluster yang lain telah berakhir. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain