suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

11 kes baharu Covid-19, hanya satu penularan tempatan

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. Foto Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 11 kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,317 kes setakat Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 154 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, daripada 11 kes baharu yang dilaporkan, 10 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, melibatkan enam warganegara Malaysia dan empat bukan warganegara.

Menurut Dr Noor Hisham, satu kes penularan di dalam negara melibatkan seorang warganegara Malaysia, yang dikesan di Sarawak daripada saringan pra pembedahan di Hospital Umum Sarawak.

"Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Sabtu.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak lapan kes telah pulih Covid-19 pada Sabtu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 9,038 kes.

"Sehingga kini, terdapat lapan kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana enam kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain