suria

Salam takziah... Pro Canselor UiTM Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad meninggal dunia

Abdul Rahman meninggal dunia di kediamannya di Ampang.

PRO Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad dilaporkan meninggal dunia, pagi Ahad pada usia 83 tahun kerana sakit tua.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya di Ampang, Selangor kira-kira pukul 10.45 pagi.

Berita mengenai pemergian tokoh pendidikan itu turut disampaikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman Instagramnya, petang Ahad.

"Hari yang amat sedih bagi saya tatkala guru saya dan mantan Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abdul Rahman Arshad telah kembali menemui ilahi awal pagi tadi.

"Saya berkesempatan mengunjungi beliau beberapa minggu yang lalu. Mendoakan kekuatan dan kecekalan buat keluarga saat ditimpa ujian ini.

"Semoga Allah mencucuri roh arwah dengan rahmah dan maghfirahNya," tulis Anwar.

Allahyarham dilantik sebagai Pro Canselor UiTM pada 15 Disember 2002 dan meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Noor Hayati Mohamed.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain