suria

Lelaki 72 tahun korban ke-123 Covid-19, Malaysia catat 15 kes baharu hari ini

Malaysia catat 15 kes positif Covid-19 pada Ahad.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 15 kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,779 kes setakat Ahad.

Daripada 15 kes baharu yang dilaporkan, empat kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua orang warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja (1 kes) dan pasangan kepada rakyat Malaysia (1 kes).

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi kluster baharu dikesan di Sarawak, Malaysia catat 9 kes baharu hari ini

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, satu kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 123 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan satu kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 123 kes," ujarnya menerusi pada Ahad petang.

Sehingga hari ini, tujuh kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,553 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, dua kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

Berikut perincian dua kes kematian yang dilaporkan:

Kes kematian ke-123 (kes ke-8770) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi kronik dan penyakit strok. Beliau merupakan penghuni di pusat jagaan warga emas dan mula mengalami gejala demam dan batuk pada 10 Julai 2020.

Beliau telah dirujuk ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 17 Julai 2020 dan meninggal dunia setibanya di wad kecemasan. Beliau disahkan positif Covid-19. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Julai 2020 jam 12.51 malam.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain