suria

Akhirnya! Buaya baham beberapa orang ditemui mati dalam perangkap - “Ada tangan dalam perut”

Buaya yang sudah mati dalam perangkap yang dipasang oleh Jabatan Hidupan Liar.

SEEKOR buaya berukuran sepanjang empat meter, dipercayai menyebabkan kematian beberapa penduduk di Kalabakan di Sabah, ditemui mati pada Sabtu.

Reptilia itu dipercayai sudah mati selepas memasuki perangkap yang dipasang oleh pegawai Jabatan Hidupan Liar, susulan beberapa kematian akibat serangan buaya di kawasan itu.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar Tawau, Sailun Aris berkata, mereka memasang perangkap di sungai Kampung Tanjung Sapi pada 15 Julai lalu.

Katanya, seekor buaya dikesan memasuki perangkap tersebut pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari Sabtu.

"Kita percaya ia merupakan buaya yang menyerang Sukrien Jesman Yusoff di Sungai Kalabakan pada 3 Julai, dan Nur Hayati Talib, 50, pada 25 Jun, antaranya," katanya.

Beliau berkata, perangkap di Kampung Tanjung Sapi itu merupakan antara beberapa perangkap yang dipasang mereka, antara 5 dan 15 Julai.

Sailun berkata, keluarga mangsa serangan buaya dimaklumkan mengenai penemuan tersebut, dan mereka meminta supaya reptilia itu dikerat bagi melihat di dalamnya.

"Ada beberapa cebisan tangan manusia (dalam perut), dan telah dipulangkan kepada keluarga yang dikenal pasti. Mereka akan mengebumikan cebisan tersebut," katanya. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain