suria

Lagi kluster baharu dikesan di Sarawak, Malaysia catat 9 kes baharu hari ini

Malaysia merekodkan sembilan kes positif Covid-19 pada Sabtu. fotoBERNAMA.

PENULARAN Covid-19 menyaksikan sembilan kes positif baharu direkodkan pada Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 8,764 kes.

Daripada jumlah itu, lima kes penularan tempatan dilaporkan melibatkan empat warganegara, satu rakyat asing dan selebihnya kes import luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: KKM kenal pasti 4 kluster baharu di negara ini

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian direkodkan, menjadikan kekal 122 kematian setakat ini.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 122 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan pada Sabtu petang.

Sementara itu, dilaporkan lima kes telah dibenarkan discaj, menjadikan 8,546 kes telah pulih.

Satu kes kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan satu lagi kluster baharu pada hari ini.

"Kluster Stutong adalah kluster terbaharu dikesan di Sarawak. Hasil saringan ke atas 218 individu, dua dikesan positif, 54 negatif manakala baki sedang menunggu keputusan.

"Punca jangkitan masih dalam siasatan," ujar kenyataan itu lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain