suria

Kematian akibat Covid-19 kekal 122, Malaysia catat 18 kes baharu hari ini

Malaysia merekodkan 18 kes positif Covid-19 pada Jumaat.

PENULARAN Covid-19 merekodkan 18 kes baharu pada Jumaat, menjadikan keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 8,755 kes.

Daripada 18 kes baharu dilaporkan, lapan adalah kes tempatan melibatkan enam warganegara dan dua bukan warganegara.

Baki 10 adalah kes import melibatkan tujuh warganegara dan tiga bukan warganegara.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisgan Abdullah, tiada kematian direkodkan pada Jumaat, menjadikan ia kekal 122 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 122 kes" ujar kenyataan itu.

Sehingga hari ini, tiga kes telah dibenarkan discaj, menjadikan keseluruhan 8,541 kes pulih.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain