suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak berubah, harga runcit petrol kekal seperti minggu lalu

Harga runcit petrol kekal seperti harga yang ditetapkan pada minggu lalu.

HARGA runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal pada RM1.72 seliter dan RM2.02 seliter untuk tempoh seminggu bermula dari tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata harga runcit diesel juga kekal pada RM1.87 seliter.

Harga ditentukan berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu.- BERNAMA

RON95, RON97, diesel

Artikel Lain