suria

AirAsia kembali benarkan penumpang bawa dua bagasi kabin tak lebih 7 kilogram

Penumpang kini dibenarkan membawa dua beg bagasi kabin tidak melebihi 7 kilogram.

SYARIKAT penerbangan tambang murah, AirAsia kini membenarkan penumpang membawa dua beg bagasi kabin dengan berat gabungan tidak melebihi 7 kilogram (kg) berkuat kuasa pada Selasa.

AirAsia dalam satu kenyataan pada Selasa memberitahu, kebenaran itu adalah berikutan permintaan tinggi terhadap syarikat penerbangan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Penjarakkan sosial dalam pesawat tak wajib kerana risiko jangkitan rendah - AirAsia

"Penumpang dibenarkan bawa satu beg kabin bersaiz kurang daripada 56cm (tinggi), 36cm (lebar) dan 23cm (panjang) atau ukuran maksimum 115cm yang dapat disimpan di ruangan simpanan atas dalam kabin.

"Dan satu lagi beg komputer riba atau satu beg kecil yang tidak melebihi 40cm (tinggi), 30cm (lebar) dan 10cm (panjang) atau ukuran maksimum 80cm yang dapat disimpan di bawah tempat duduk hadapan penumpang.

"Mana-mana penumpang yang ingin membawa bagasi lebih daripada had muatan tersebut pula dinasihat untuk membuat pra-tempahan elaun bagasi sebelum penerbangan," jelas kenyataan itu.

Pembelian bagasi atau penambahan had muatan boleh dilakukan melalui laman web airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia dalam masa empat jam sebelum penerbangan.

Terdahulu pada penghujung April lalu, AirAsia memperkenalkan peraturan baharu di mana setiap penumpang bagi penerbangan domestik hanya dibenarkan membawa satu bagasi kabin tidak melebihi 7 kg bermula 29 April 2020.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

AirAsia, bagasi, kabin

Artikel Lain