suria

Enam kes Covid-19 direkodkan, 4 jangkitan import libatkan rakyat Malaysia

Malaysia merekodkan enam kes positif Covid-19 pada Selasa.

ENAM kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 8,674 kes setakat Selasa.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 72 kes di mana pesakit sudah diasingkan dan diberi rawatan.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada enam kes tersebut, empat merupakan kes import membabitkan jangkitan luar negara di mana kesemuanya melibatkan warganegara.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima lagi kes positif direkodkan, 2 libatkan jangkitan tempatan

Dua kes penularan tempatan, juga melibatkan warganegara, adalah kes saringan di tempat kerja, di mana masing-masing dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.

Dimaklumkan tiada kes kematian terbaharu direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 121 kematian sahaja.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 121 kes," katanya.

Sehingga hari ini, lima kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,481 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, dua kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan kedua-duanya memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM

Artikel Lain