suria

Anwar dakwa PH Plus dapat sokongan 107 Ahli Parlimen

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto: FAIHAN GHANI/The Star.

KETUA pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Pakatan Harapan (PH) bersama sekutunya kini mempunyai sokongan daripada 107 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Pejabat presiden PKR juga mengatakan dalam satu kenyataan ringkas pada Khamis (11 Jun) bahawa jumlah itu tidak termasuk Ahli Parlimen bebas atau pihak lain yang tidak menghadiri mesyuarat yang diadakan pada Selasa.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan timbul pertanyaan mengenai jumlah anggota Parlimen yang menyokong PH.

ARTIKEL BERKAITAN: Kelibat tak kelihatan ketika mesyuarat PH, Tun M kata dia tiada masalah dengan Anwar - “Kena tanya dia”

Anwar pada Rabu (10 Jun) mendakwa seramai 107 anggota Parlimen menyatakan sokongan kepada mereka.

"Sekarang ini ada 107 sokongan dalam kumpulan ini.

"Dan kita akan mara ke depan dalam satu pasukan untuk pastikan mandat rakyat dihormati.

"Dan kecelaruan, kebobrokan dan rasuah itu dihentikan," katanya katanya dalam sesi Facebook Live pada Rabu.

Parti yang menghadiri mesyuarat 9 Jun itu ialah PKR, DAP, Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan kumpulan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, di mana gabungan itu digelar PH Plus.

Mereka mengatakan bahawa hasil 'positif' telah dicapai pada pertemuanyang melibatkan pemimpin tertinggi setiap parti itu.

"Mesyuarat hari ini membincangkan pendirian setiap pihak dan melihat perkembangan positif. Proses untuk memuktamadkan semua keputusan akan dibuat dalam minggu ini," kata pemimpin parti dalam kenyataan yang dikeluarkan secara bersama selepas pertemuan itu.

Pakatan Harapan kini mempunyai 91 Ahli Parlimen, Parti Warisan Sabah (sembilan), Bersatu (lima), Parti Sarawak Bersatu (dua) dan UPKO (satu). - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Anwar, PH Plus, Ahli Parlimen

Artikel Lain