Maaf, tiada ziarah hari raya! Bekas pesakit Covid-19 masih rasa takut - “Mungkin mereka anggap tak pernah kena, takkan kena virus ni”

Seorang bekas pesakit Covid-19 tidak menerima kunjungan tetamu sepanjang Hari Raya Aidilfitri. Gambar hiasan/Foto Bernama

MINTA maaf, tiada ziarah hari raya!

Walaupun kelonggaran diberikan kepada umat Islam untuk menziarahi sanak saudara pada hari pertama sambutan Aidilfitri pada Ahad, namun tidak bagi bekas pesakit Covid-19, Reza Huzairi Zainuddin yang membuat keputusan tidak menerima sebarang kunjungan sepanjang Syawal kali ini.

Walaupun disahkan bebas daripada wabak itu kini, namun beliau mengambil langkah berjaga-jaga yang amat ketat demi keselamatan diri, keluarga dan sanak saudara yang ingin menziarahinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu laung azan di wad Covid-19, kini pelajar tahfiz ketuai takbir raya di rumah

"Untuk kunjungan tidak ada terutama saya adalah bekas pesakit Covid-19, masih ada rasa takut bila berada di tempat yang sesak, ramai orang, jadi saya tidak benarkan mana-mana kunjungan, walaupun abang saya sekalipun yang tinggal berdekatan," katanya.

Berkongsi pengalaman menyambut Syawal dalam norma baharu, Naib Presiden Kanan Modal Insan Kumpulan UDA Holdings Berhad ini berkata, 'kunjungan online’ (dalam talian) menjadi pilihan yang ada kini untuk merapatkan siraturahim.

Pada awal pagi Ahad, beliau menghubungi ibunya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan "bermaaf-maafan" menerusi panggilan video, selain menjadi imam ketika menunaikan solat Hari Raya di rumahnya.

Bagi Reza Huzairi, 41, yang dihubungi Bernama TV melalui perkhidmatan skype pada Isnin, berpendapat tahap kepatuhan orang ramai semasa mengunjungi rumah sanak saudara pada Syawal pertama semalam, masih rendah.

Beliau bimbang ini akan mewujudkan ‘kluster raya’ memandangkan Aidilfitri disambut selama sebulan.

"Berkemungkinan mereka beranggapan tak pernah kena dan takkan kena virus ni, nasihat saya yang pernah terkena wabak ni, berjaga-jagalah kita masih belum bebas daripada wabak ni, amalkan normal baharu dengan sentiasa jaga jarak sosial, mengelak berada dalam kesesakan orang ramai, pemakaian pelitup muka dan sentiasa menjaga kebersihan diri," katanya.

Reza, yang disahkan positif Covid-19, telah dirawat di wad isolasi Hospital Sungai Buloh selama 11 hari sebelum dibenarkan keluar pada 14 Mac lepas. - Bernama

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain