Ismail Sabri akui sebak, mohon maaf pada sidang media

Ismail memohon maaf dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia sempena 1 Syawal yang bakal menjelang esok.

MENTERI Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, biasanya kelihatan tenang setiap kali mengadakan sidang media harian, selepas mesyuarat jawatankuasa khas menteri-menteri berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

Bagaimanapun, selepas sidang media pada Sabtu, beliau mengakui berasa sebak, ketika membuat permohonan maaf sempena 1 Syawal, pada siaran langsung sidang medianya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Baju saya dah jadi kuih muih” - ‘Sedap’ mata memandang, Ismail Sabri kekal tenang bajunya dibuat parodi

"Saya rasa sebak ketika membuat permohonan maaf sempena Aidilfitri yang akan disambut esok tadi," Ismail Sabri memberitahu Setiausaha Akhbarnya Datuk Ruhaidini Abdul Kadir, petugas Jabatan Perdana Menteri, dan wakil media, selepas siaran langsung sidang media beliau tamat.

Pada akhir sidang media sebelum menerima sebarang soalan, Ismail Sabri berkata, hari ini merupakan hari terakhir dalam bulan Ramadan, dan esok (Ahad) umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berkata, diam tak diam sudah 67 hari beliau mengadakan sidang media harian PKP.

"Dalam menyampaikan maklumat terkini harian, saya sebagai manusia biasa tidak terlepas dari salah dan khilaf. Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin," katanya.

Sidang media harian Ismail Sabri sering menjadi tumpuan, terutamanya pelbagai corak kemeja batik kreatif yang dipakai beliau, sehingga netizen menyamakannya dengan pelbagai juadah tempatan.

Beliau turut memaklumkan tidak ada sidang media esok dan ia akan disambung pada 2 syawal. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ismail Sabri, Syawal, sebak, sidang media

Artikel Berkaitan

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain