suria

Malaysia catat 54 kes positif baharu, update harian Covid-19 tak diumum melalui sidang media - “Saya dan pasukan diberi peluang rehat seketika”

Malaysia merekodkan 54 kes baharu pada Ahad.

MALAYSIA merekodkan 54 kes positif Covid-19 pada Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan 6,589 kes setakat ini.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), satu lagi korban akibat virus itu direkodkan, menjadikan keseluruhan 108 kematian setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat baru pulang dari UK, AS antara 68 kes baharu positif Covid-19, tiada kematian direkod pada Jumaat

Sebanyak 18 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan enam orang memerlukan bantuan pernafasan.

Pada Sabtu juga, 65 kes sudah pulih dan dibenarkan discaj, menjadikan keseluruhan 4,929 kes telah sembuh.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman sosial miliknya memaklumkan tiada sidang media harian KKM akan dilangsungkan hari ini.

"Hari ini saya dan pasukan saya diberi peluang untuk berehat seketika setelah bekerja tanpa henti sejak Disember 2019 dalam respon dan kesiapsagaan KKM menghadapi Covid-19.

"Walaupun tiada sidang media dijadualkan, satu kenyataan akhbar tetap akan menyusul menyalurkan maklumat terkini," ujarnya ringkas.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain