suria

Empat baru pulang dari UK, AS antara 68 kes baharu positif Covid-19, tiada kematian direkod pada Jumaat

Malaysia menyaksikan pertambahan 68 kes baharu Covid-19 pada Jumaat. Foto: The Star

PERKEMBANGAN terkini mengenai Covid-19 di Malaysia setakat Jumaat menyaksikan pertambahan 68 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan virus itu sebanyak 6,535 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,564 kes di mana pesakit telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkini 39 kes baharu Covid-19, kematian kekal 107

"Daripada 68 kes baharu yang dilaporkan hari ini, empat adalah kes import daripada warganegara yang pulang dari luar negara, iaitu tiga dari United Kingdom dan satu dari Amerika Syarikat.

"Ini bermakna kes penularan tempatan sebanyak 64 kes di mana sebanyak tiga kes dikesan dari kluster dan lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)," katanya pada sidang media, petang Jumaat.

Beliau memberitahu, tiada kematian terbaharu akibat Covid-19 di negara ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 107 kes," ujarnya.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 18 kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah itu katanya, tujuh kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut beliau lagi, sebanyak 88 kes yang telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj pada Jumaat.

"Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan telah discaj adalah sebanyak 4,864 kes," kata Dr Noor Hisham.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM

Artikel Lain