suria

Terkini 39 kes baharu Covid-19, kematian kekal 107

Petugas kesihatan menjalankan saringan Covid-19 ke atas orang awam. Foto Bernama

PERKEMBANGAN terkini mengenai Covid-19 di Malaysia setakat Khamis menyaksikan pertambahan 39 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan virus itu sebanyak 6,467 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,584 kes.

Beliau memberitahu, tiada kematian terbaharu akibat Covid-19 di negara ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 107 kes," katanya pada sidang media, petang Khamis.

Mengulas lanjut mengenai kes Covid-19 setakat Khamis, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 19 kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, katanya, lapan kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut beliau lagi, sebanyak 74 kes yang telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj pada Khamis.

"Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan telah discaj adalah sebanyak 4,776 kes," kata Dr Noor Hisham.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kes, Covid-19, kematian,

Artikel Lain