suria

69 kes positif baharu, seorang pesakit barah korban terkini akibat Covid-19

Satu lagi kematian akibat Covid-19 dicatat di negara ini.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 69 kes baharu, menjadikan keseluruhan 6,071 kes setakat Jumaat.

Daripada jumlah 69 kes itu, 12 adalah kes import.

ARTIKEL BERKAITAN: Kontak rapat kluster Bali antara 2 maut, 57 kes baharu direkodkan

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Malaysia turut mencatatkan satu lagi korban akibat virus itu, menjadikan 103 kematian keseluruhan.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan Covid-19.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 103 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jumaat petang.

Tambahnya, seramai 37 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 14 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sehingga hari ini, 39 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan keseluruhan 4,210 pulih di Malaysia.

Berikut perincian satu kes kematian terbaharu yang diumumkan pada Jumaat:

-Kes kematian ke-103 (Kes-5441) merupakan lelaki Malaysia 66 tahun, mempunyai latar belakang penyakit barah.

-Belia mempunyai kontak rapat dengan kes positif (kes-4818). Beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 14 April dan disahkan meninggal pada 30 April, 4 petang.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Hospital Kuala Lumpur

Artikel Lain