suria

“Saya mohon maaf, akui kekhilafan” - Timbalan Menteri Kesihatan beri keterangan kepada polis

Gambar yang membabitkan Dr Noor Azmi tular di media sosial.

TIMBALAN Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali selesai memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya petang Isnin berhubung lawatannya pada Jumaat lepas ke Maahad Tahfiz Quran Lid Dakwah Wal Imamah di Lenggong, Perak.

Dalam satu kenyataan media di Putrajaya, ahli Parlimen Bagan Serai itu berkata, beliau bersedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan. 

Melalui kenyataan itu, Dr Noor Azmi juga memohon maaf kepada rakyat Malaysia behubung insiden itu yang didakwa telah melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

ARTIKEL BERKAITAN: VVIP didakwa ingkar PKP dipanggil polis, Ismail Sabri ingatkan wakil rakyat keluar bekerja tak perlu rombongan besar

ARTIKEL BERKAITAN: Adun mohon maaf, perjelas tindakan makan di maahad tahfiz - “Pencerahan ini bukan untuk dikecualikan tindakan undang-undang”

 "Saya memohon maaf dan mengakui kekhilafan berhubung kehadiran di Maahad Tahfiz Quran Lid Dakwah Wal Imamah di Lenggong, Perak pada Jumaat lepas, selepas lawatan rasmi ke Klinik Kesihatan Lenggong. 

"Saya juga amat menghargai pengorbanan besar yang dilakukan oleh barisan hadapan seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, warga petugas Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi-agensi kerajaan lain yang terlibat dalam usaha memerangi wabak Covid-19 ini. Terima kasih atas jasa dan pengorbanan anda semua," katanya. - Bernama

Artikel Lain