suria

VVIP didakwa ingkar PKP dipanggil polis, Ismail Sabri ingatkan wakil rakyat keluar bekerja tak perlu rombongan besar

Beberapa wakil rakyat didakwa melanggar PKP dalam sesi lawatan mereka.

POLIS telah memanggil orang kenamaan (VVIP) yang didakwa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan gambar menunjukkan tindakan  mereka di media sosial.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menegaskan bahawa tiada sesiapa pun boleh mengatasi undang-undang termasuk VVIP.

“Dalam kes melibatkan anggota kerajaan, pihak polis telah pun memanggil mereka yang berkenaan dan tindakan seterusnya bergantung kepada polis.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada laporan, kita serah pada polis...” - Ismail Sabri komen insiden beberapa VIP ingkar PKP, hadir kenduri di maahad tahfiz

ARTIKEL BERKAITAN: Adun mohon maaf, perjelas tindakan makan di maahad tahfiz - “Pencerahan ini bukan untuk dikecualikan tindakan undang-undang”

“Jadi, tidak betul tanggapan dan tuduhan ada perbezaan dari segi pendekatan polis kepada setiap pesalah atau mereka yang ingkar PKP.

“Pihak polis telah ambil tindakan dan apakah tindakan seterusnya, kita serahkan kepada pihak polis,” katanya pada sidang media harian, petang Ahad.

Sesi jamuan beramai-ramai dalam sesi lawatan yang dihadiri oleh beberapa wakil rakyat. 

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan identiti VVIP mahupun wakil rakyat yang telah dipanggil oleh pihak polis.

Ismail Sabri berkata, wakil rakyat atau pemimpin merupakan antara individu atau kumpulan dibenarkan bertugas.

Bagaimanapun, katanya, ia tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Wakil rakyat tugas mereka untuk menjaga rakyat di kawasan masing-masing. Tapi tak boleh buat perjumpaan besar-besaran, program penyerahan bantuan besar-besaran, jamuan besar-besaran juga tidak dibenarkan.

“Tak perlu rombongan yang ramai, cukup dua atau tiga orang saja mengikuti rombongan mereka untuk membahagikan makanan atau bantuan-bantuan lain,” katanya.

polis, VVIP, ingkar, Ismail Sabri

Artikel Lain