suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seronok zumba di gim, lapan ditahan ingkar PKP

Lapan individu ditahan kerana melanggar PKP dengan melakukan sesi zumba di sebuah gim. Gambar hiasan

LAPAN individu termasuk enam wanita, ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) kerana menyertai sesi zumba di sebuah gimnasium, di Sibu, Sarawak.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, pasukan polis melakukan pemeriksaan di sebuah gim di aras satu bangunan rumah kedai di Jalan Salim, pada pukul 12.15 tengah hari Isnin.

Menurutnya, mereka menerima maklumat daripada orang ramai berhubung kelas berkenaan.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, mereka terpaksa menelefon beberapa kali sebelum pintu masuk premis dibuka," katanya.

Beliau menambah, pasukan itu menemui dua lelaki dan enam wanita yang ketika itu sedang bersenam.

"Selain tidak mengendahkan kehadiran pasukan polis, suspek juga tidak memberi kerjasama malah mempersoalkan serbuan diadakan," katanya.

Stanley berkata, kesemua suspek kemudian ditahan dan dibawa ke balai polis Lanang.

Beliau menambah, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam bertugas di bawah Peraturan 6(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitani) (No. 3) 2020. - The Star

zumba, gim, PKP

Artikel Lain