suria

“Tak boleh tahan” - Ismail Sabri perjelas bukan kesalahan jika tidak memakai topeng muka

INDIVIDU tidak bergejala tidak dipaksa memakai topeng. fotoBERNAMA.

TIDAK menjadi kesalahan jika tidak memakai topeng muka.

Demikian kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan keluarkan sendiri peraturan wajibkan topeng muka, ikut garis panduan KKM” – Ismail Sabri

Ismail mengulas hal itu susulan wujudnya satu laporan polis mengenai individu yang ditahan kerana tidak memakai topeng muka.

"Ketua Pengarah Kesihatan (Datuk Dr Noor Hisham Abdullah) hampir setiap masa mengatakan dalam sidang media bahawa yang bergejala sahaja perlu memakai topeng muka.

"Yang tidak bergejala, pilihan, optional... pilihan masing-masing. Jadi tidak bolehlah kita nak menguatkuasa sesiapa yang tidak memakai topeng, ditahan, ditangkap dan sebagainya.

"Jadi bagi kita tidak menjadi kesalahan kalau tidak memakai topeng tersebut," ujarnya.

Dalam sidang media pada Jumaat, Ismail turut mengimbas kejadian sama yang berlaku di sebuah pasaraya sebelum ini.

"Dulu suatu ketika, pengurus pasar raya dan pengawal menahan individu nak masuk kerana tidak memakai topeng muka, jadi mereka tak boleh beli produk makanan dan sebagainya.

"Saya rasa ini melebihi peraturan yang dikeluarkan dan juga di bawah akta dan sebagainya, ianya melebihi apa yang diperlukan," ujar Ismail.

 

topeng muka, gejala, Covid-19

Artikel Lain