suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ustaz Din dicari! Jadi tok kadi ketika PKP, nikahkan pasangan di Pulau Besar

Jaim sedang memburu 'Ustaz Din' yang didakwa menikahkan pasangan pengantin di Pulau Besar, Melaka. -Gambar hiasan

JABATAN Agama Islam Melaka (Jaim) sedang menjejaki 'Ustaz Din' kerana menjadi 'tok kadi' menikahkan satu pasangan di Pulau Besar semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penolong Pengarah bahagian Penguatkuasaan Jaim Akmal Nadzim Abdullah berkata upacara pernikahan itu dilangsungkan pada Khamis.

"Kami menerima maklumat mengenai perkahwinan itu dari saksi yang melihatnya," katanya pada Selasa.

Akmal berkata ustaz berkenaan dan pasangan tersebut telah melanggar Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002.

Beliau berkata akad nikah yang dijalankan haruslah mematuhi undang-undang negeri dan mesti didaftarkan dengan dokumentasi yang betul.

Akmal berkata mereka tidak mempunyai banyak maklumat mengenai ustaz tersebut, tetapi yakin dapat mencarinya.

Majlis ini dihadiri oleh kira-kira 20 individu, dipercayai penduduk Pulau Besar.

nikah, PKP, Pulau Besar, Ustaz Din, Jaim

Artikel Lain