suria

Tiga kluster baharu dalam tempoh 24 jam, 39 positif Covid-19 di Sendayan

Tiga kluster baharu positif Covid-19 direkodkan di Sendayan, Negeri Sembilan.

DALAM tempoh 24 jam, wujud pertambahan tiga lagi kluster baharu yang dikesan termasuk di Sendayan, Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga Selasa, terdapat 28 kluster dan sub-kluster bagi pesakit Covid-19 di negara ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media, petang Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Total 25 kluster, sub-kluster positif Covid-19 dikesan - Dr Noor Hisham

"Ya memang ada kluster baharu... sekarang ini kita ada 28 kluster. Tapi kluster ini masih kluster yang kecil.

"Kluster paling besar adalah kluster jemaah tabligh di Seri Petaling iaitu lebih kurang 39 hingga 40 peratus.

"Kluster di Sendayan contohnya, kita ada 39 kes yang positif yang melibatkan 13 pelajar tahfiz, satu keluarga yang terdiri daripada 11 orang dan juga lembaga pengarah seramai 15 orang," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, tindakan bersepadu telah dan sedang dilaksanakan oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lapangan bagi memastikan penularan virus di kawasan itu dapat dibendung.

Pada Isnin, Dr Noor Hisham mengumumkan terdapat 25 kluster dan sub-kluster bagi pesakit Covid-19 di negara ini.

Antaranya adalah kluster perhimpunan di Masjid Seri Petaling yang merupakan kluster terbesar, kluster perhimpunan gereja di Kuching, Sarawak dan majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi, Selangor.

kluster, Sendayan

Artikel Lain