suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Khusairi dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuat kuasa esok

Ahmad Khusairi dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM yang baharu berkuat kuasa esok (Rabu).

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melantik Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjayanya (Operasi) yang baharu berkuat kuasa esok (Rabu).

Ahmad Khusairi, 53, yang merupakan Pengarah Bahagian Siasatan menggantikan Datuk Seri Azam Baki yang dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Azam Baki dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM

Menurut kenyataan SPRM pada Selasa, Ahmad Khusairi yang memulakan kerjaya sebagai pegawai siasatan Badan Pencegah Rasuah pada 1992 pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan, serta Pengarah SPRM Kuala Lumpur, dan Pengarah Bahagian Perisikan sebelum dilantik sebagai Pengarah Bahagian Siasatan pada 24 Disember lepas.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa Pengarah SPRM Johor, Datuk Norazlan Mohd Razali, 56, dilantik sebagai Pengarah Bahagian Siasatan yang baharu bagi menggantikan Ahmad Khusairi berkuat kuasa pada tarikh sama.

Norazlan sebelum ini pernah memegang jawatan Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Ketua Staff Pejabat Eksekutif Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Ketua Unit Integriti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).- BERNAMA

Artikel Lain