Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan itu menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah 76 kes manakala jumlah keseluruhan kes sebanyak 4,683 kes.
Menurutnya, 66 pesakit menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 37 memerlukan bantuan pernafasan.
“Seramai 113 orang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya Covid-19 adalah sebanyak 2,108 kes iaitu 45 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya pada sidang media petang Ahad.


