Syed Saddiq jawab isu wang ratusan ribu ringgit dalam peti besi - “Tiada apa-apa untuk disembunyikan”

Syed Saddiq tampil menjawab mengenai siasatan SPRM berhubung sejumlah besar wang disimpan dalam peti besi di kediamannya.

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, tiada apa yang perlu disembunyikan berhubung sejumlah besar wang yang disimpan di dalam peti besi di kediamannya.

Malahan, beliau yang juga bekas menteri belia dan sukan itu menjelaskan bahawa wang tersebut adalah milik bersama antara dirinya serta kedua ibu bapanya.

"Wang tersebut merupakan wang peribadi milik saya serta ibu bapa. 

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM terima aduan wang ratusan ribu dimiliki Syed Saddiq, kertas siasatan dibuka

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang RM250,000 dalam peti besi di rumah, Syed Saddiq minta jangan buat spekulasi

"Saya dan keluarga tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan. Malahan kami sendiri yang membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang.

"Sekiranya benar duit itu duit haram, kenapa kami perlu laporkannya?" kata Syed Saddiq dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung aduan sejumlah besar wang dimiliki Syed Saddiq yang dipercayai hilang dari kediamannya pada Sabtu lalu.

Syed Saddiq berkata, ibu bapa juga telah membuat laporan polis berhubung kehilangan wang tersebut.

"Sebanyak RM90,00 milik saya, RM50,000 milik ibu saya dan RM70,000 milik ayah saya.

"Majoriti wang itu dikeluarkan bagi tujuan renovasi rumah yang kami miliki bersama. Selainnya adalah untuk tujuan peribadi.

"Sampai sekarang saya tidak memiliki sebuah rumah. Dengan itu saya, Abuyah dan mama mengambil ketetapan untuk membeli rumah bersama," tambahnya.

Menurut Syed Saddiq, beliau maklum mengenai laporan SPRM dan memahami tugas suruhanjaya itu dalam dalam menyiasat segala tuduhan dan laporan. 

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata, beliau telah mengarahkan pegawainya untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan kepada pihak yang memfitnahnya dan keluarganya dengan cubaan untuk mengaitkan kes tersebut dengan wang haram atau wanita yang dikatakan bersamanya.

"Ini adalah fitnah untuk menjatuhkan reputasi saya dan keluarga. Saya juga tidak akan berkompromi bab integriti dan akan memastikan diri dan keluarga saya memberi kerjasama penuh dalam membantu pihak polis dan SPRM.

"Saya harap semua pihak berhenti berspekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa membuat siasatan," katanya.

Syed Saddiq telah membuat laporan polis berhubung kehilangan wang ratusan ribu ringgit di kediamannya dekat Petaling Jaya, Selangor pada Ahad.

Terdahulu, menerusi laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sungei Way itu, Syed Saddiq menganggarkan wang tunai berjumlah RM250,000 hilang dalam peti besi yang disimpan di kediamannya pada Sabtu.

Syed Saddiq berkata, beliau menyedari wang tersebut hilang daripada peti besi di kediamannya pada kira-kira pukul 7 malam.

Menurut laporan polis itu juga, Syed Saddiq memaklumkan bahawa peti besi miliknya telah ditetapkan kod rahsia dan hanya individu tertentu yang tahu di mana beliau menyimpannya.

"Tiada sebarang kesan umpil dan keadaan rumah serta bilik adalah kemas," katanya sambil menambah bahawa kali terakhir beliau membuka peti besi tersebut pada 13 atau 14 Mac lalu.

Syed Saddiq, wang, SPRM, peti besi

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain