Warga emas kelar leher selepas kereta dirempuh, pemandu Myvi juga meninggal dunia - Semasa | mStar

Warga emas kelar leher selepas kereta dirempuh, pemandu Myvi juga meninggal dunia

Mercedes terbabit yang terlibat dalam pelanggaran awal pagi Sabtu. FOTO: Sinar Harian.

TINDAKAN seorang warga emas mengelar leher sendiri selepas kereta dipandunya dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi di Jalan Tali Air, Sawah Sempadan di Tanjung Karang pagi Sabtu disaksikan orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, saksi yang kebetulan berada di lokasi untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan melihat lelaki berusia 66 tahun itu mengelar lehernya sendiri.

Menurutnya, selepas kemalangan berlaku beberapa orang awam berada di kawasan itu mendapati warga emas yang memandu Mercedes Benz C200 tersebut dalam keadaan selamat dan masih boleh berkomunikasi.

“Pada waktu kejadian, beberapa orang awam memaklumkan mereka melihat pemandu Mercedes Benz C200 mengeluarkan pisau boleh laras (cutter) dan terus mengelar lehernya sendiri.

"Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas gagal diselamatkan. Ketika itu pemandu kereta Perodua Myvi yang tersepit dalam kereta didapati sudah meninggal dunia,” katanya menerusi satu kenyataan.

Keadaan kereta Perodua Myvi yang terhumban ke dalam parit menyebabkan pemandunya maut di lokasi kejadian.

Menurutnya, bedah siasat dijalankan di bilik mayat Hospital Tanjong Karang mendapati kematian pemandu Mercedes Benz C200 adalah disebabkan pendarahan teruk di leher.

“Dua kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan laporan mati mengejut," katanya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Noor Janihan Nanyan berkata, Perodua Myvi dipandu, Muhammad Fadzli Muhammad Yusari, 40, dari arah Rawang ke Tanjong Karang merempuh kereta Mercedes Benz C200 yang berhenti di tengah jalan.

Pelanggaran itu mengakibatkan pemandu Perodua Myvi gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas masuk ke dalam parit dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dalam kejadian jam 2.30 pagi itu.

Pemandu Mercedes Benz C200 terbabit pula dipercayai mengelar lehernya sendiri hingga mati di tempat kejadian.
- Sinar Harian.

kelar , rempuh , Myvi

Artikel Sebelum

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain