suria

Melangkah ke era transformasi, Air Selangor memulakan pemacu digital

Intelligent Command Centre (ICC) yang baharu adalah salah satu pemacu utama ke arah digitalisasi perkhidmatan air.

SESEBUAH pengendali air perlu memanfaatkan teknologi hasil Revolusi Perindustrian Keempat seperti analisis data dan kecerdasan buatan kepada pemantauan jarak jauh (remote sensing) bagi menyelesaikan cabaran pengurusan air jangka masa panjang. 

Langkah sedemikian berikutan perubahan iklim dan pembangunan yang pesat menjejaskan ketersediaan dan kelestarian air.

Menyedari ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah memulakan pemacu digital bagi membantu organisasi membangunkan sumber air yang selamat, mampan dan berdaya tahan.

Transformasi digital Air Selangor adalah mengenai penggunaan teknologi, manusia dan proses untuk mengubah prestasi perniagaan secara radikal.

Air Selangor memahami bahawa transformasi digital amat berkesan sekiranya berstrategik dan menangani unsur-unsur teknologi dan manusia dalam pelaksanaannya.

Sehubungan itu, apabila Air Selangor menggariskan strategi perniagaannya pada 2017, pelaburan digital telah disertakan ke dalam strategi-strategi tersebut dalam usaha mengubah Air Selangor menjadi sebuah utiliti digital.

Ir Abas Abdullah menegaskan kepentingan mengorak langkah mara ke hadapan melalui digitalisasi.

Sebuah utiliti air digital tidak hanya dapat beroperasi dengan lebih cekap, menjimatkan kos, meningkatkan kebolehpercayaan operasi, membuat keputusan yang lebih baik, meningkatkan keselamatan awam dan memberi nilai yang lebih baik kepada pelanggan, malah juga dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan air dan memberi pengalaman pelanggan yang terbaik.

Tiga strategi Air Selangor yang akan dilaksanakan serta-merta adalah:

Pemantauan dan ramalan masa nyata

Dengan menggunakan sistem pemantauan dan ramalan masa nyata, Air Selangor boleh membuat pemantauan masa nyata ke atas semua aset air serta membuat ramalan paip pecah, antara lain.

Budaya kerja digital

Apabila syarikat berkembang secara digital, warga kerja profesional syarikat akan mula menerima pakai teknologi baharu seperti penggunaan data besar (big data) dan kecerdasan buatan serta mobiliti tenaga kerja yang bukan sahaja dapat meningkatkan kecekapan mereka tetapi juga memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Pemantauan masa nyata bekalan air dan sistem agihan.

Pelanggan yang diberi kuasa

Apabila syarikat mengaplikasi teknologi digital, pelanggan akan menikmati pengalaman digital yang diperkaya untuk membolehkan mereka untuk mendapatkan maklumat bekalan air terkini dan juga keupayaan untuk memantau penggunaan air mereka.

Pada 9 April 2019, lebih 600 warga kerja Air Selangor mendapat taklimat mengenai kemajuan transformasi digital syarikat melalui Forum Pemacu Digital Air Selangor 2019.

Anjuran forum ini juga menempatkan Air Selangor di Peta Hari IoT, menjadikannya satu-satunya syarikat di negara ini untuk mengadakan satu acara bagi mengakui dan merangkul kedatangan Internet-of-Things dalam Revolusi Perindustrian Keempat.

Air Selangor

Artikel Lain