suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enggan beri kerjasama, Lokman Adam ditahan polis

Datuk Lokman Noor Adam ditahan pada Khamis kerana menghalag tugas polis.

DATUK Lokman Noor Adam ditahan pada Khamis malam kerana menghalang tugas polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pasukan polis hadir ke rumahnya di Kajang Hillpark untuk membuat siasatan.

Terdahulu, Lokman hadir ke IPD Kajang bagi memberi keterangan kepada polis berhubung video seks didakwa melibatkan seorang menteri Kabinet.

"Sewaktu pencarian dilakukan, Lokman diarah supaya menyerahkan telefon bimbit untuk diperiksa namun dia enggan memberikan kerjasama.

"Dia turut menjerit kepada pegawai polis yang sedang menjalankan tugasnya," ujarnya.

Turut ditahan, anggota MIC, Gobalakrishnan Nagapan yang turut berada di kediaman itu.

Kedua-dua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan siasatan dijalankan dibawah Seksyen 186 Kanun. - The Star.

Artikel Lain