Malaysia diberikan sebuah planet dan bintang untuk dinamakan - Semasa | mStar

Malaysia diberikan sebuah planet dan bintang untuk dinamakan

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Alam, Yeo Bee Yin (dua, kanan) bersama bekas Angkasawan NASA, Charles Bolden (dua, kiri) pada program lawatan Bekas Angkasawan NASA, Charles Bolden di Planetarium Negara. FOTO: Bernama.

PELAJAR sekolah berpeluang untuk menggunakan kreativiti mereka menamakan sebutir bintang dan sebuah planet, sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-100 Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU).

Terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata, ia akan menjadi satu peluang kepada pelajar terbabit mengembangkan pengetahuan sains mereka.

“Kami berharap para pelajar di Malaysia tidak akan melepaskan peluang untuk mencadangkan satu nama Malaysia untuk sebuah planet yang terletak di luar sistem solar kita,” katanya di Planetarium Negara di sini hari ini.

Pertandingan itu yang dijangka berlangsung dari 1 Julai sehingga 30 Ogos itu, dianjurkan secara bersama oleh Planetarium Negara dan sebuah badan bukan kerajaan, ApaDilangit.

Dilaporkan banyak negara telahpun menganjurkan kempen peringkat kebangsaan untuk masyarakat menyumbang idea dan mengundi untuk menetapkan nama untuk di hantarkan ke projek IAU100 NameExoWorld.

Inisiatif ini melihat Malaysia telah diberikan sebuah planet dan sebutir bintang di pusat orbitnya untuk dinamakan. - BERNAMA.

Artikel Berikut

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain