Haziq diberi tempoh hingga esok jawab surat tunjuk sebab, jika tidak... - Semasa | mStar

Haziq diberi tempoh hingga esok jawab surat tunjuk sebab, jika tidak...

Shamsul Iskandar bercakap pada sidang media mengenai video yang mengaitkan setiausaha sulitnya di Kementerian Industri Utama pada Khamis. FOTO SINAR HARIAN

TIMBALAN Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menegaskan kementeriannya tidak akan teragak-agak untuk menamatkan perkhidmatan Setiausaha Sulitnya, Muhammad Haziq Aziz jika gagal menjawab surat tunjuk sebab bermula Rabu sehingga Jumaat.

Beliau berkata, ketika ini kementerian sudah mengambil tindakan awal mengikut prosedur yang ditetapkan terhadap Muhammad Haziq yang sebelum itu mengaku merupakan individu dalam rakaman video intim bersama seseorang yang didakwa pemimpin Pakatan Harapan.

"Tindakan dia tentunya sangat mengejutkan. Di peringkat kementerian, segala proses siasatan mengikut prosedur yang ditetapkan telah dibuat.

"Buat masa ini, Muhammad Haziq digantung serta-merta daripada melakukan tugas rasmi. Dia perlu menjawab surat tunjuk sebab bertarikh 12 Jun dalam tempoh tiga hari," katanya pada sidang media di kementeriannya di Putrajaya, Khamis.

Jelas Shamsul Iskandar lagi, jika tidak ada sebarang maklum balas, kementerian tidak teragak-agak untuk memberhentikannya. - Sinar Harian

Artikel Lain