Barang kemas, wang RM180,000 lesap sebab nak halau hantu di rumah, seorang wanita warga China didakwa - Semasa | mStar

Barang kemas, wang RM180,000 lesap sebab nak halau hantu di rumah, seorang wanita warga China didakwa

Gambar hiasan.

SEORANG wanita warganegara China dituduh di Mahkamah Majistret pada Jumaat kerana menipu seorang wanita untuk menyerahkan wang tunai RM180,000 dan pelbagai barangan kemas bagi upacara menghalau hantu di kediaman mangsa berusia 55 tahun itu.

Li Yufen, berusia 34 tahun, dituduh melakukan kesalahan berkenaan di tempat letak kereta MJC Batu Kawa di sini pada 11 April lepas.

Tertuduh ditangkap pada 21 April lepas oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Miri di Bandaraya Miri.

Yufen, yang tidak diwakili peguam, mengaku tidak bersalah dengan pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh dan mengarahkannya ditahan reman di Penjara Puncak Borneo.

Pasport antarabangsa tertuduh turut diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan Pre Trial Case Management (PTCM) pada 11 Jun ini.

Pegawai Pendakwa Inspektor Muzaffar Syah mewakili pihak pendakwaan. -Bernama

hantu , halau , wang , tipu

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain