suria

9.3 juta pendeposit TH terima hibah 1.25 peratus, terendah dalam sejarah

LEMBAGA Tabung Haji (TH) mengumumkan hibah bagi tahun kewangan 2018 sebanyak 1.25 peratus membabitkan agihan berjumlah RM913 juta kepada semua pendeposit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengumumkan perkara itu pada sesi taklimat prestasi TH di Putrajaya, Jumaat petang.

Tahun lalu, pendeposit menerima hibah 4.5 peratus selain tambahan hibah haji 1.75 peratus bagi pendeposit yang belum menunaikan haji bagi tahun 2017.

Menurutnya, bagi menjamin kepentingan 9.3 juta pendeposit, TH melaksanakan pelan penstrukturan bagi membuktikan keprihatinan kerajaan.

"Sehubungan itu, kerajaan akan menyediakan peruntukan RM500 juta pada 2020 dan seterusnya sebanyak RM1.73 bilion setahun sehingga semua sukuk ditebus semula.

"Keseluruhan jumlah peruntukan kerajaan selama 10 tahun dianggarkan sebanyak RM17.8 bilion dan ini adalah kesan daripada kelemahan dan salah guna kuasa pentadbiran lalu," katanya.

Kata Mujahid lagi, kerajaan terus komited dalam memastikan ketelusan dalam operasi dan kedudukan kewangan TH pada masa depan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat mengesahkan kadar hibah yang diumumkan adalah terendah dalam sejarah TH.



hibah, TH

Artikel Sebelum

Artikel Lain