suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nurul Izzah kembali anggotai PAC

AHLI Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar kembali menganggotai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dua minggu selepas melepaskan jawatan itu.

Keputusan itu dibuat selepas berpuas hati dengan jaminan semak dan imbang dalam struktur jawatankuasan itu dan jawatan Pengerusi PAC akan kembali diterajui pembangkang.

Beliau bersetuju menganggotai PAC setelah berbincang dengan Ketua Whip Pakatan Harapan, Datuk Johari Abdul dan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

“Alhamdulillah. Struktur jawatankuasa PAC yang membolehkan semak imbang berlangsung, adalah amat penting buat kepentingan negara.

“Harapan saya agar agenda reformasi sentiasa menjadi keutamaan kita dalam berkhidmat demi rakyat dan negara,” katanya kepada Sinar Harian.

Nurul Izzah melepaskan jawatannya dalam jawatankuasa itu pada 22 Mac lalu atas alasan ketidaksefahaman PH mengenai pemilihan kepimpinan PAC.

Gabungan itu sebelum ini berjanji agar pengerusi PAC diketuai pemimpin pembangkang.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Pengerusi PAC, Ronald Kiandee yang menyertai Bersatu dari Umno tidak perlu meletakkan jawatan.

Nurul Izzah serta beberapa ahli PAC dari kalangan PH kemudian menulis surat kepada kerajaan agar berpegang pada janji manifesto dan menukar pengerusi PAC dari kalangan ahli parlimen pembangkang.

Pada 25 Mac lalu, giliran anggota parlimen BN dan PAS dalam PAC berkata mereka akan meletak jawatan sebagai membantah keputusan kerajaan mengekalkan Kiandee.

Selepas bantahan selama beberapa minggu, kerajaan akhirnya memutuskan untuk mengadakan usul menggantikan Kiandee dengan anggota parlimen pembangkang.

Anggota parlimen yang dijangka dilantik ke jawatan itu ialah Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong).

Usul itu adalah perkara sembilan dalam Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat pada Khamis.

Menurut Aturan Mesyuarat, usul itu akan dibentangkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sendiri.

PAC, Nurul Izzah, Dewan Rakyat

Artikel Berikut