suria

Akhirnya terjual... Genting beli Equanimity

Kapal mewah Equanimity dibeli oleh Genting.

KAPAL mewah Equanimity telah dijual kepada Genting Malaysia Bhd pada harga AS$126 juta (RM514.14 juta), menurut Jabatan Peguam Negara.

Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, Mahkamah Admiralti di Kuala Lumpur memuluskan tawaran Genting untuk membeli Equanimity atas Terma-terma dan Syarat-syarat Syerif.

"Harga belian AS$126 juta akan dibayar oleh Genting dan diterima oleh mahkamah menjelang akhir April 2019.

ARTIKEL BERKAITAN: Kapal mewah Equanimity mungkin dijual jauh lebih murah

"Ini bakal menjadi jumlah pemulihan daripada skandal 1MDB yang tertinggi setakat ini untuk kerajaan malaysia, dalam jangka masa cuma lapan bulan dari tarikh tindakan ini dimulakan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Thomas berkata, ia menerima beberapa tawaran melebihi AS$100 juta (RM408.05 juta) tetapi harga belian AS$126 juta daripada Genting merupakan tawaran terbaik yang pernah diterima sejak lima bulan kapal Equanimity ditetapkan untuk jualan. - The Star

Equanimity, Tommy Thomas

Artikel Lain