suria

Sinonim 3 April dan Najib Razak

Gambar fail ketika Najib hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk prosiding melibatkan kes berkaitan 1MDB tahun lalu.

TANGGAL 3 April seakan sinonim buat figura bernama Datuk Seri Najib Razak.

Pada tarikh ini, 10 tahun lalu pukul 10 pagi, Najib berada di Istana Negara bagi istiadat mengangkat sumpah untuk memegang tampuk pimpinan menerajui kerajaan Persekutuan sebagai Perdana Menteri keenam menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Namun hari ini, pada tarikh yang sama, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan sebagai hari pertama perbicaraan penyelewengan dana RM42juta milik SRC International Sdn Bhd membabitkan tujuh pertuduhan terhadap beliau.

Sudah tentunya kes ini akan menjadi tumpuan dunia apabila 30 agensi media termasuk 14 daripada media antarabangsa hadir membuat liputan.

Prosiding bermula pukul 2 petang di hadapan Hakim Mohd Nazlan Ghazali.

Peguam Negara, Tommy Thomas mengetuai barisan pasukan pendakwaan, manakala Najib diwakili peguam, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah.

Setakat ini, pihak pendakwaan dilapor telah menyenaraikan 63 saksi dan telah mengemukakan lebih 3,000 dokumen termasuk Minit Mesyuarat SRC International kepada pihak pembelaan.

Pada 4 Julai 2019, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan didakwa di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa berhubung dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM42 juta.

Bagi pertuduhan pertama, Najib, 66, didakwa sebagai penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, Penasihat Emeritus SRC dan dalam kapasiti itu diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah sejumlah RM27juta.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu diAmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Grup, No 55, Jalan Raja Chulan di Kuala Lumpur antara 24 dan 29 Disember 2014.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denga, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Najib didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenauah terhadap wang berjumlah RM5 juta di tempat dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan ketiga, Najib didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diamanahkan denan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang berjumlah RM10 juta di tempat sama antara 10 Februari 2015 dan 2 Mac 2015, mengikut seksyen sama Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan keempat, Najib didakwa sebagai pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia telah menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya berjumlah RM42 juta apabila dia mengambil bahagian atau terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri Prisint 1, Putrajaya antara 17 Ogos 2011 dan 8 Februari 2012.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 23 Aktar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.-SinarHarian

Najib, 3 April, SPRM

Artikel Lain