suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga petrol RON95, RON97 dan diesel kekal

HARGA runcit bahan api kekal dengan petrol RON95 pada paras RM2.08 seliter, manakala RON97 pula pada RM2.63 seliter.

Harga runcit diesel juga tidak berubah pada paras RM2.18 seliter.

Harga yang sama seperti minggu lalu itu akan diguna pakai sehingga 12 April.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan pada Jumaat, berdasarkan pengiraan mengikut formula mekanisme harga automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 6 April 2019 sehingga 12 April 2019 sepatutnya sebanyak RM2.33 seliter dan RM2.36 seliter masing-masing iaitu sama dengan harga minggu sebelumnya.

“Harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” demikian menurut kenyataaan itu.

Kerajaan memperkenalkan semula kaedah apungan harga mingguan bagi petrol dan diesel mulai 1 Januari 2019 menggunakan formula APM.

Pada 27 Februari lalu, Kementerian Kewangan mengumumkan kabinet akan mengurangkan harga siling dari RM2.20 ke RM2.08 seliter.

petrol, diesel

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia