suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UiTM kampus Pasir Gudang ditutup 5 hari

UiTM kampus Pasir Gudang di Johor. Foto pasirgudang.uitm.edu.my

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) akan menutup kampusnya di Pasir Gudang, Johor selama lima hari.

Menurut universiti itu dalam satu kenyataan pada Khamis, kampus UiTM di Johor akan menghentikan semua operasinya sementra, termasuk sesi kuliah dari Rabu (13 Mac) sehingga Ahad (17 Mac).

Ia berikutan insiden pencemaran akibat pembuangan sisa toksik di bandar itu.

Kerajaan mengarahkan kesemua 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup buat sementara sehingga dimaklumkan kelak.

Menurut UiTM, keputusan itu adalah berdasarkan mesyuarat jawatankuasa operasi bencana negeri cawangan Johor universiti itu.

"Semua kakitangan kampus dinasihatkan mengambil langkah-langkah keselamatan dengan memakai topeng muka, mengurangkan aktiviti luar, mengelakkan kawasan tercemar, banyak minum air dari sumber yang dirawa.

"(Ia termasuk) mendapatkan rawatan segera sekiranya mereka mengalami simptom seperti sakit mata, kesukaran untuk bernafas dan sakit dada," menurut kenyataan itu. - The Star


UiTM, Pasir Gudang, toksik

Artikel Sebelum

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia