suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Buang toksik: Dewan Rakyat bahas usul isytihar darurat petang ini

Anggota Bomba dan Penyelamat mendapatkan sampel air dari lokasi yang terjejas dengan pembuangan cecair kimia yang berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang. Foto Bernama

DEWAN Rakyat meluluskan usul untuk membahaskan pengisytiharan darurat di Pasir Gudang, Johor, susulan insiden pencemaran akibat pembuangan toksik di Sungai Kim Kim di kawasan itu.

Speaker, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof membenarkan usul itu dibentangkan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1).

"Sebagai Speaker, saya berpuas hati usul ini memenuhi segala keperluan - yang merupakan perkara khusus, kepentingan awam dan mendesak.

"Saya akan membenarkan usul ini dibahaskan pada pukul 4.30 petang ini selama 60 minit," katanya pada Khamis.

Terdahulu, wakil rakyat daripada kerajaan dan pembangkang menggesa Parlimen membahaskan usul untuk mengisytiharkan darurat berhubung insiden itu. - The Star


Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia