suria

Pencemaran toksik: Kelas ganti? Tunggu dulu - Maszlee

Maszlee ketika melawat mangsa-mangsa kes sisa toksik di Sungai Kim Kim yang mendapatkan rawatan awal di Dewan Taman Pasir Putih Pasir Gudang, Selasa lalu. Foto Bernama

ISU kelas ganti bagi pelajar di sekolah-sekolah yang terjejas akibat pencemaran toksik di Pasir Gudang, Johor bukan kepentingan pada masa ini, kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

"Kita sedang menghadapi keadaan kritikal sekarang dan apa yang berlaku pada masa ini adalah lebih penting.

"Paling penting adalah keselamatan anak-anak.

"Ia merupakan keutamaan kerana kita tidak mahu mereka terdedah kepada bahaya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Khamis.

Maszlee berkata demikian ketika ditanya sama ada kelas ganti akan diadakan bagi 111 sekolah yang diarahkan tutup serta-merta di sekitar Pasir Gudang, sebaik keadaan kembali pulih.

Selain pelajar, beliau memberitahu bahawa kementerian juga mengambil kira kebajikan guru dan kakitangan sekolah yang terjejas. - The Star


toksik

Artikel Lain