Pemimpin PAS nafi miliki motosikal, kereta mewah - Semasa | mStar

Pemimpin PAS nafi miliki motosikal, kereta mewah

Muhammad Khalil

DAKWAAN terhadap ahli PAS yang memaparkan kekayaan mereka semakin hebat diperkatakan apabila gambar Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi bergambar di atas sebuah motosikal berkuasa tinggi tersebar di media sosial.

Gambar anak lelaki Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menunjukkan beliau duduk di atas BMW R1200RT sambil mengangkan ibu jari di depas sebuah stesen minyak.

Difahamkan, motosikal itu bernilai lebih RM128,000.

ARTIKEL BERKAITAN: Kami suka disiasat SPRM - Abdul Hadi

Bagaimanapun, Muhammad Khalil yang merupakan ADUN Batu Buruk berkata, motosikal itu bukan miliknya dan gambar tersebut diambil dua tahun lalu sempena kempen kesedaran pengguna jalan raya pada sambutan Hari Raya 2017.

Beliau juga menafikan tuduhan bahawa kepimpinan tertinggi PAS mengumpul kekayaan daripada sumber dana yang disalurkan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Muhammad Khalil bukanlah satu-satunya ahli politik PAS yang terlibat dalam tuduhan seperti itu.

Abdul Hadi.

Tuduhan awal melibatkan Mursyidul Am PAS (pemimpin rohani) Datuk Hashim Jasin yang didakwa memiliki kenderaan jenis Porsche Cayman.

Seperti Muhammad Khalil, Hashim juga menafikan dakwaan memiliki kereta mewah dan mengatakan bahawa anaknya yang membeli kereta itu untuk perniagaan kereta terpakai.

Dia didakwa menggunakan Permit Import (AP) yang dinamakan bawah nama Hashim.

Hashim berkata, beliau menerima AP ketika berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Arau antara tahun 1998 hingga 1999.

Hashim mempersoalkan apa salahnya jika dia membeli Porsche Cayman terpakai pada harga RM100,000 beberapa tahun lalu.

Beliau berkata anaknya, Faiz, membayar kereta yang sudah dijualnya itu.

"Tetapi, tuduhan terhadap salah laku terus timbul kerana alasan politik.

"Saya mempunyai seorang lagi anak lelaki yang terpaksa menggunakan nama saya untuk mendapatkan pinjaman bank bagi membeli Honda CRV beberapa tahun lalu ketika saya berkhidmat sebagai ADUN Sanglang (1999 hingga 2013)," katanya.

"Anak saya yang bayar pinjaman kerana dia menggunakan kereta itu. Bukan saya. Saya memandu Proton Saga," katanya.

Mengenai dakwaan pihak tertentu bahawa Najib memberikan RM90 juta kepada pemimpin PAS, Hashim berkata: "Kenapa PM (bekas perdana Menteri) itu memberi begitu banyak wang kepada parti saingan yang akan bertanding untuk memerangi Umno pada pilihan raya umum yang lalu. Ia tidak masuk akal." - The Star

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Operasi cari Bari diteruskan guna ROV

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain