suria

Kami suka disiasat SPRM - Abdul Hadi

Gambar fail Abdul Hadi.

PAS menyambut baik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat parti itu, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kami suka disiasat. Kami membuka pintu kepada SPRM untuk menyiasat kami. Kita tidak pernah disiasat SPRM sebelum ini dan ini (siasatan) akan membuktikan bahawa kita adalah parti yang bersih," kata Abdul Hadi.

"Siasat parti-parti politik lain juga, bukan sekadar PAS. Siasat juga DAP. Kami membantu ribuan Pasti (pra-sekolah kendalian PAS) di mana-mana dan beratus-ratus lagi sekolah lain.

"Kita mendapatkan dana untuk membiayainya daripada ahli-ahli parti kami sendiri yang bekerja keras dan menyumbang kepada parti," tambah Abdul Hadi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Rusila, Marang di Terengganu pada Jumaat, dan mengulas mengenai SPRM membuka siasatan terhadap dakwaan mengenai PAS menerima rasuah sebanyak RM90 juta.

Badan anti rasuah itu memulakan siasatan terhadap dakwaan bahawa PAS merupakan penerima wang 1MDB selepas Abdul Hadi memilih untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah dengan pengarang portal berita Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Terdahulu, Abdul Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle Brown berhubung artikel yang diterbitkannya pada 6 Ogos 2016, mendakwa parti itu menerima rasuah RM90 juta daripada Umno.

SPRM menyoal siasat beberapa individu, termasuk ahli PAS dan anggota parti itu. - The Star

PAS, SPRM, Abdul Hadi Awang

Artikel Sebelum

Harga petrol naik 4 sen

Artikel Berikut

Artikel Lain