suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerapu gergasi dijual pada harga lebih RM13,000

SEORANG nelayan di Labuan berjaya menaikkan seekor ikan kerapu gergasi seberat 241 kilogram setelah bertarung hampir setengah jam di perairan Semarang.

Menurut seorang penjual ikan tempatan yang dikenali sebagai Rosli, seorang tauke mi ikan membeli ikan tersebut, yang dikenali penduduk tempatan sebagai keratang, pada harga RM13,255.

Rosli berkata nelayan terbabit, yang menjual sumber laut kepada penjual ikan di sini, telah mendaratkan ikan gergasi itu dengan menggunakan joran dan kekili (reel) di perairan itu berhampiran pelantar minyak Sumandak Charlie beberapa hari lepas.

Nelayan itu kemudian membawa hasil tangkapannya itu ke pasar basah Labuan pada Rabu lalu.

Perairan Semarang dekat Labuan sangat popular dengan aktiviti memancing laut dalam. - BERNAMA

kerapu

Artikel Lain